Setuju ke? Kalau setuju sila angkat kaki! Hehe…
Saja nak bangkitkan isu ni, sebab sejak kebelakangan ni ada laa seorang manusia yang aku kenal ni, yang perangai dia tu betul2 menyakitkan hati aku. Taklah sakit hati sangat kot sebab kalau terlampau sakit hati aku takkan bercakap langsung dengan orang tu. Mmmm ini mungkin boleh dikategorikan sebagai meluat. Ya… Meluat dengan perangai *tut* tu.
Manusia tidak sempurna. Ya, aku mengaku manusia memang tak sempurna. Banyak cacat celanya yang mungkin kelihatan ataupun tak kelihatan. Aku sendiri pun, banyak kekurangannya. Aku tau tak baik mengata pasal orang lain. Tapi aku jugak manusia biasa, yang ada tahap kesabaran. Sekarang ni masih di level ok lagi. Jangan sampai masuk ke level seterusnya, sampai aku tak bercakap dengan kau. Haa kau jugak yang susah nanti. Sebab bukan aku sorang je tak suka kau. Ramai lagi, cuma kami semua tak tunjuk yang kami tak suka kau.
Apa salahnya jadi manusia yang humble… Bukannya nak kau sebaik malaikat tapi janganlah sampai orang sangat meluat dengan kau. Cuba fikir sendiri, kalau kau kekurangan kawan, ataupun tak ramai orang yang nak berkawan dengan kau, silapnya tu berpunca dari mana? Mestilah dari diri kau sendiri kan. Yes, you are being yourself but if ‘being yourself’ tu makes people annoyed with you, then why don’t you change??? Why can’t you see that the problem is coming from you??? Rabun ke apa kau ni?
As a normal person, kalau aku laa, aku boleh rasa kalau orang tu suka kat aku ke, tak suka kat aku ke, mesti boleh rasa punyalah. Takkanlah nak orang bagitau, “Eh, aku tak sukalah perangai kau. Macam bagus sangat.” Nak tunggu macam tu ke? Kang menangis pulak kau.
Kenapa mesti bangga dengan budaya orang? Fine, kalau tak suka dengan bangsa sendiri, it’s ok. Keep it to yourself. Atau kau boleh kongsi dengan orang2 yang sependapat dengan kau. Tapi kau bercakap dengan aku, seseorang yang boleh dikatakan orang melayu tipikal. Bukan tak berfikiran terbuka, tapi kalau semua yang kau kata tu berunsurkan celaan, that’s it. Aku tak boleh terima lagi.
Bersyukur dengan apa yang ada. Mana2 kau pergi pun, semuanya kepunyaan Tuhan. Semuanya ciptaan Tuhan. Indahnya bumi di negara sana (mengikut kata kau lah), di sana juga milik Tuhan. Takkanlah benda sekecil itu pun tak boleh fikir?
Tuhan menjadikan aku sebagai seorang manusia yang suka mendengar daripada bercakap. Tapi bila aku bercakap, kau takkan sanggup mendengar. So please, don’t make me do that to you. Please.












